Jumaat, 14 Jun 2013

REHLAH ILMIAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEMENAM KE MAHKAMAH SYARIAH , JAHEINS DAN MUZIUM SABAH.

13 hb Jun 2013 , Panitia Pendidikan Islam SEMENAM dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SEMENTA , atas nama PGSD Pendidikan Islam Tambunan telah mengadakan Rehlah Ilmiah ke beberapa buah tempat di Kota Kinabalu. Rehlah ini diadakan bertujuan memberi ilmu dan pengalaman khususnya kepada pelajar kedua-dua sekolah tentang operasi beberapa jabatan yang berkaitan dengan agama Islam seperti Mahkamah Syariah dan juga jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( Jaheins ) negeri Sabah.Selain itu Pelajar juga boleh menambah ilmu dengan melihat artifak sejarah yang terdapat di Muzium Negeri dan juga Muzium Tamadun dan Kesenian Islam Sabah.

Jam 7.00 pagi rombongan kami bertolak diketuai oleh ketua rombongan Us Hj Hairul Nizam bin Khairon ( KP pendidikan Islam SEMENAM merangkap ketua PGSD Pendidikan Islam Tambunan ) bersama 5 guru pengiring ( 3 dari SEMENAN dan 2 dari SEMENTA ) beserta 50 pelajar.

Destinasi pertama kami adalah Mahkamah Syariah Kota Kinabalu.Disini kami telah diberi taklimat oleh En Tawfiq tentang proses dan perjalanan mahkamah Syariah khususnya di Negeri Sabah.Kami juga sempat mengikuti perbicaraan dan sebutan kes secara "live" berkenaan perceraian.kebetulan hakim yang mengendalikan kes tersebut adalah kenalan  iaitu, Yang Ariff Us Ahadin bin Arinen .saya percaya ini merupakan pengalaman pertama kepada para pelajar mengikuti sesi perbicaraan dalam mahkamah.Pelajar dan guru juga di beri peluang untuk mengemukakan soalan semasa sesi taklimat diadakan.

Selepas itu kami menuju ke pejabat JAHEINS yang terletak di Wisma MUIS.Disana kami telah disambut meriah oleh pegawai-pegawai JAHEINS yang telah lama menunggu kedatangan kami , kerana kami terlewat satu jam dari jadual asal.Walaupun begitu kami tetap disambut mesra dan diberi layanan istimewa yang kami sendiri tidak sangka-sangka.kami terkejut kerana ramai penolong-penolong pengarah dan ketua-ketua unit setiapa bahagian di JAHEINS turun dan setia menyambut kedatangan kami.kami diberi taklimat tentang operasi JAHEINS dan diberi peluang juga untuk bersoal jawab bersama pegawai-pegawai berkenaan.Suasana yang cukup harmoni dan mesra dapat kami rasakan.Ini kerana celoteh dan ucapan mereka semasa memberi taklimat dan sesi soal jawab membuatkan kami tidak kering gusi.Kebetulan juga salah seorang penolong pengarah pendidikan iaitu Us Zainudin Mahmud juga merupakan kenalan di Tambunan yang merupakan bekas pengetua SMU Tambunan turut serta dalam majlis tersebut dan menjawab persoalan yang dikemukakan.

Destinasi terakhir kami pada hari tersebut adalah mengunjungi Muzium Sabah dan Muzium Kesenian dan tamaduan Islam.Disana pelajar didedahkan dengan pelbagai artifak sejarah dan juga sejarah Islam yang mampu menambah ilmu yang sedia ada.

kami bertolak pulang ke Tambunan lebih kurang jam 6.00 petang dan jelas terbayang di wajah semua pelajar perasaan gembira dan teruja mengikuti rehlah pada kali ini.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapakan kepada semua yang terlibat terutama semua kakitangan jabatan yang telah kami singgah dan lawati diatas layanan yang begitu istimewa dan kami sendiri tidak menjangka akan diberi layanan yang sebegitu istimewa.Kepada pihak mahkamah Syariah , JAHEINS dan Muzium Negeri , Mudah-mudahan tidak jemu untuk menerima kunjungan kami pada lain ketika dan masa.

Syukran wa ila lliqa'.......


Banguan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu


Taklimat oleh En Tawfiq di Mahkamah Syariah


Cenderakenangan kepada pihak Mahkamah Syariah


Khusyuk mendengar taklimat


Ucapan alu-aluan dari pihak Pengurusan JAHEINS


Ucapan balas dari ketua rombongan 


mendengar taklimat di JAHEINS


Cendera kenangan dari pihak JAHEINS 


Cenderakenangan kepada pihak JAHEINS dari ketua rombongan


Bergambar kenangan


Muzium Sabah


Bangunan MUIS Sabah

Rabu, 30 Mei 2012

BULETIN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM ( AR-RISALAH )

 Halaman 1 dan 4 Ar-Risalah
Halaman 2 dan 3 Ar-Risalah

Alhamdulillah.....akhirnya edisi sulung Buletin Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab ( Ar-Risalah ) dapat diterbitkan pada 23 Mei 2012.

Buletin yang mengandungi sorotan pelbagai aktiviti  Pendidikan Islam dan bahasa Arab yang berlaku sepanjang tahun ini di SMK Nambayan , Tambunan.

Terima kasih atas sokongan para pentadbir , guru-guru , para pelajar dan seluruh warga SEMENAM diatas sambutan yang begitu menggalakkan terhadap edisi pertama buletin ini.

Apa yang diharapkan adalah sumbangan idea dan pandangan yang membina  dari seluruh warga SEMENAM  kearah memantapkan lagi pengisian mutiara-mutiara yang berguna agar memberi manfaat kepada seluruh warga khususnya.

Kepada warga SEMENAM , ayuh.......sumbangkan idea dan penulisan anda ( laporan aktiviti , sajak , puisi , kata-kata nasihat dan motivasi , tazkirah , karikatur yang membina minda dan seumpamanya ) kepada Editor Buletin Ar-Risalah ( Ush Hasni falina bt Ishah ) untuk dimuatkan pada edisi keluaran yang akan datang.......

Jangan sia-siakan bakat penulisan anda.....luahkan segalanya di Buletin Ar-Risalah.....

Akhir sekali.....Syukran jazilan kepada seluruh Team Panitia pendidikan Islam dan Bahasa Arab yang telah bertungkus lumus merancang dan seterusnya berjaya menerbitkan Edisi sulung pada kali ini...Harapan kita agar ianya berterusan dan menjadi wadah dakwah dalam melahirkan pelajar yang berdisiplin , berwawasan dan mengamalkan etika agama dalam kehidupan.......Insya Allah....


Selasa, 15 Mei 2012

SELAMAT HARI GURU







SELAMAT HARI GURU

KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK SEMENAM

"Guru Inovatif 
Melonjakkan Transformasi 
Pendidikan Negara"

Jumaat, 11 Mei 2012

MINGGU PENGHAYATAN ISLAM SEMENAM 2012

Panitia Pendidikan Islam Semenam telah menganjurkan Minggu Penghayatan Islam bermula pada 16 hingga 25 April yang lalu.Pelbagai acara telah dipertandingkan seperti hafazan al-Quran, Syarahan agama , azan dan Iqamah beserta doa selepas solat , Nasyid , Kuiz agama dan juga Islamic survival.

Penyertaan daripada para pelajar begitu menggalakkan.Pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti Kumpulan saidina Abu Bakar , Saidina Umar , Saidina Usman dan Saidina Ali.Selain daripada pelajar Muslim, turut terlibat juga adalah pelajar-pelajar non muslim yang mengambil subjek Tasawwur Islam.Mereka mengikuti acara seperti kuiz Agama dan Islamic Survival.

Perjalanan program begitu teratur dan berjalan lancar.Ajk yang dilantik dari kalangan guru-guru juga telah memberikan komitmen yang begitu tinggi sehingga program ini dapat dijalankan dengan jayanya.Para pelajar juga menunjukkan semangat persaingan yang begitu tinggi dengan membuat latihan dan mengurus setiap acara deangan baik dan tersusun.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan kepada program ini samaada secara langsung ataupun tidak.Kepada para pentadbir ( TUAN PENGETUA , PK 1 , PK HEM dan PK KO-KUM ), Terima kasih diatas sumbangan piala pusingan . Mudah-mudahan sokongan dan sumbangan pihak pentadbir secara tidak langsung memberi dorongan dan motivasi kepada para guru dan pelajar dalam menjayakan sesuatu aktiviti dan program kearah pembentukan generasi Rabbani yang akan menabur bakti dan jasa kepada Agama , bangsa dan negara.....


















InsyaAllah .....kita jumpa lagi pada tahun hadapan sempena Minggu penghayatan Islam dengan program-program yang lebih menarik lagi.....Syukran...

Jumaat, 26 Ogos 2011

IHYA' RAMADHAN DAN IFTHOR JAMAI'E

Sri kandi asrama sri SEMENAM

Putra Sri SEMENAM

Barisan para guru lelaki yang hadir


Tazkirah " Lailatul Qadr " oleh al-fadhil Ust Hatta

Jawatankuasa penghayatan Islam dengan kerjasama Panitia pendidikan Islam telah mengadakan program Ihya' Ramadhan peringkat SMK Nambayan bermula 01 ramadhan dan berakhir pada 24 ramadhan.Majlis penutupan telah diakhiri dengan ifthor jamai'e yang melibatkan guru-guru dan juga pelajar-pelajar asrama.Pelbagai program telah diatur sepanjang bulan Ramadhan diantaranya adalah :

1. Sambutan ambang ramadhan
2. Tadarrus al-Quran ( guru - guru dan staff )
3. Tazkirah pelajar
4. Tayangan video Jejak Rasul / video keagamaan
5. Sembahyang terawikh di Surau asrama
6. Pengedaran Risalah ramadhan
7. Ifthor Jamai'e.

Sambutan yang diberikan adalah menggalakkan dan mendapat penglibatan sepenuhnya guru-guru dan juga para pelajar.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini menjadi ramadahn yang terbaik buat warga SEMENAM.

Akhir sekali sekalung ucapan terima kasih kepada En Arshad bin Hj Diasin , Pengurus Syarikat Putra Projek yang juga pengurus Dewan makan Asrama Sri SEMENAM kerana telah sudi menaja majlis berbuka puasa pada tahun ini.Mudah-mudahan dimurahkan rezeki sehingga ke akhir hayat.Amin. Tidak lupa juga kepada guru-guru yang telah sudi menderma dan bersedekah terutama dalam penyediaan moreh dan juga berbuka puasa.Mudah-mudahan segala amal kebajikan kita pada bulan yang mulia ini dikira oleh Allah sebagai amal jariah pembela kita di mashsyar kelak......

Mudah-mudahan kita bersua lagi pada Ramadhan tahun hadapan...InsyaAllah..


Khamis, 28 Oktober 2010

LAMBAIAN KAABAH

Ustaz Hairul Nizam bersama anak dan isteri

Assalamualaikum....

Panitia Pendidikan Islam dan Jawatankuasa Penghayatan Islam SMK Nambayan , Tambunan ingin mengucapkan selamat jalan dan selamat berangkat ke Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah kepada al-fadhil Ustaz Hairul Nizam bin Khairon ( Bendahari Panitia Pendidikan Islam & Setiausaha Jawatankuasa Penghayatan Islam ) bersama isteri , ustazah Norliyah bt Syahmi.


" Selamat pergi dan selamat kembali , mudah-mudahan dikurniakan haji yang mabrur...... InsyaAllah."

Rabu, 25 Ogos 2010

KEM KEMUDI SIRI DUA " 24 JAM KASIH DIRAYU"

Bergambar untuk kenangan besama tuan rumah

ust nadir ( PSS ) menyambaikan sedikit sumbangan



Perjalanan menuju kampung Ragkam



Cikgu Talmizi ( BBK Semenam ) Menyampaikan sumbanagan



Keluarga yang dilawati di kampung Pupuluton



Antara barangan yang didermakan oleh orang ramai



Pada 21 dan 22 hb ogos yang lepas , "KEMUDI" siri dua dengan tema "24 jam kasih dirayu", telah dilaksanakan.ianya sebagai susulan daripada kem KEMUDI 1 yang diadakan dua minggu sebelum itu.penyertaan juga amat menggalakkan daripada peserta-peserta yang lepas.Sebagaimana biasa, bantuan dari PSS ( persatuan siswazah Sabah ) telah merancakkan lagi program yang dijalankan.Pada program kali ini para peserta telah dibawa menjelajah kampung bagi memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan yang terdiri daripada peserta kemudi.Dua buah rumah telah berjaya dilawati iaitu di kg Pupuloton dan juga di kampung Ragkam.bantuan telah diagihkan seperti bahan-bahan dapur , pakaian , keperluan sembahyang , keperluan seharian dan juga sedikit wang tunai.bantuan ini walaupun tidak banyak, sedikit sebanyak boleh membantu meringankan beban terutama ketika menyambut ramadhan dan menyambut aidilfitiri nanti.Terima kasih kepada semua dermawan yang telah bermurah hati mendermakan wang ringgit , bahan keperluan , tenaga dan sebagainya. InsyaAllah , pemberian yang ikhlas akan mendapat ganjaran yang setimpal diakhirat nanti.Akhir sekali jutaan terima kasih kepada PSS , Guru-guru dari SMK nambayan & SMK Tambunan , ibu bapa , pengurusan masjid dan juga para peserta yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung.Mudah-mudahan segala amal kita pada bulan ramadhan yang mubarak ini mendapat nilaian tertinggi disisi Allah S.W.T , InsyaAllah.