Selasa, 17 Ogos 2010

IHYA' RAMADHAN SEMENAM 2010

salah satu kumpulan tadarrus guru lelaki
Khusyuk bertadabbur kalam Allah


pelajar khusyuk mendengar tazkirah dan motivasi

bersemangat......tazkirah dari kaunselor sekolah En nazidi Othman.



Ahlan wa sahlan ya ramadhan karim.....

Bertepatan dengan kedatangan bulan penuh rahmat , bulan pengampunan dan bulan yang mendapat jaminan dari Allah untuk dilepaskan dari azab api neraka bagi sesiapa yang memohon dengan penuh keikhlasan kepadaNya , SMK Nambayan melalui Jawatankuasa penghayatan Islam dengan kerjasasam panitia pendidikan Islam telah merancang beberapa program dan aktiviti yang bertujuan menyemarakkan lagi roh ramadhan kepada semua warga SEMENAM. Program ini telah bermula seawal ramadhan lagi dan setakat ini program yang telah dirancang berjalan dengan lancar dan sempurna. Sambutan guru-guru dan juga pelajar juga begitu membanggakan.begitu juga sokongan berterusan dari semua pentadbir. Diantara program yang telah dan kan dilaksanakna adalah seperti berikut :
  1. Tadarus Al-Quran bagi guru dan staff ( Setiap hari )

  2. Tazkirah guru dan staf ( setiap hari khamis )
  3. Tazkirah pelajar ( setiap hari )
  4. Sembahyang terawikh di surau Nusul Hidayah SEMENAM ( setiap malam )
  5. Iftar Jamaie ( 2 september )
  6. tayangan video
  7. Pertandingan tahfiz al-Quran ( bagi pelajar )
  8. Pertandingan bilal muda ( bagi pelajar )
  9. XPDC ukhuwwah ( dengan kerjasama BBK dan PSS )

Mudah-mudahan usaha ini akan dipermudahkan jalan oleh Allah dan semua warga semenam mendapat manfaat daripadanya.Wallahua'lam.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan