Jumaat, 14 Jun 2013

REHLAH ILMIAH PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEMENAM KE MAHKAMAH SYARIAH , JAHEINS DAN MUZIUM SABAH.

13 hb Jun 2013 , Panitia Pendidikan Islam SEMENAM dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SEMENTA , atas nama PGSD Pendidikan Islam Tambunan telah mengadakan Rehlah Ilmiah ke beberapa buah tempat di Kota Kinabalu. Rehlah ini diadakan bertujuan memberi ilmu dan pengalaman khususnya kepada pelajar kedua-dua sekolah tentang operasi beberapa jabatan yang berkaitan dengan agama Islam seperti Mahkamah Syariah dan juga jabatan Hal Ehwal Agama Islam ( Jaheins ) negeri Sabah.Selain itu Pelajar juga boleh menambah ilmu dengan melihat artifak sejarah yang terdapat di Muzium Negeri dan juga Muzium Tamadun dan Kesenian Islam Sabah.

Jam 7.00 pagi rombongan kami bertolak diketuai oleh ketua rombongan Us Hj Hairul Nizam bin Khairon ( KP pendidikan Islam SEMENAM merangkap ketua PGSD Pendidikan Islam Tambunan ) bersama 5 guru pengiring ( 3 dari SEMENAN dan 2 dari SEMENTA ) beserta 50 pelajar.

Destinasi pertama kami adalah Mahkamah Syariah Kota Kinabalu.Disini kami telah diberi taklimat oleh En Tawfiq tentang proses dan perjalanan mahkamah Syariah khususnya di Negeri Sabah.Kami juga sempat mengikuti perbicaraan dan sebutan kes secara "live" berkenaan perceraian.kebetulan hakim yang mengendalikan kes tersebut adalah kenalan  iaitu, Yang Ariff Us Ahadin bin Arinen .saya percaya ini merupakan pengalaman pertama kepada para pelajar mengikuti sesi perbicaraan dalam mahkamah.Pelajar dan guru juga di beri peluang untuk mengemukakan soalan semasa sesi taklimat diadakan.

Selepas itu kami menuju ke pejabat JAHEINS yang terletak di Wisma MUIS.Disana kami telah disambut meriah oleh pegawai-pegawai JAHEINS yang telah lama menunggu kedatangan kami , kerana kami terlewat satu jam dari jadual asal.Walaupun begitu kami tetap disambut mesra dan diberi layanan istimewa yang kami sendiri tidak sangka-sangka.kami terkejut kerana ramai penolong-penolong pengarah dan ketua-ketua unit setiapa bahagian di JAHEINS turun dan setia menyambut kedatangan kami.kami diberi taklimat tentang operasi JAHEINS dan diberi peluang juga untuk bersoal jawab bersama pegawai-pegawai berkenaan.Suasana yang cukup harmoni dan mesra dapat kami rasakan.Ini kerana celoteh dan ucapan mereka semasa memberi taklimat dan sesi soal jawab membuatkan kami tidak kering gusi.Kebetulan juga salah seorang penolong pengarah pendidikan iaitu Us Zainudin Mahmud juga merupakan kenalan di Tambunan yang merupakan bekas pengetua SMU Tambunan turut serta dalam majlis tersebut dan menjawab persoalan yang dikemukakan.

Destinasi terakhir kami pada hari tersebut adalah mengunjungi Muzium Sabah dan Muzium Kesenian dan tamaduan Islam.Disana pelajar didedahkan dengan pelbagai artifak sejarah dan juga sejarah Islam yang mampu menambah ilmu yang sedia ada.

kami bertolak pulang ke Tambunan lebih kurang jam 6.00 petang dan jelas terbayang di wajah semua pelajar perasaan gembira dan teruja mengikuti rehlah pada kali ini.

Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapakan kepada semua yang terlibat terutama semua kakitangan jabatan yang telah kami singgah dan lawati diatas layanan yang begitu istimewa dan kami sendiri tidak menjangka akan diberi layanan yang sebegitu istimewa.Kepada pihak mahkamah Syariah , JAHEINS dan Muzium Negeri , Mudah-mudahan tidak jemu untuk menerima kunjungan kami pada lain ketika dan masa.

Syukran wa ila lliqa'.......


Banguan Mahkamah Syariah Kota Kinabalu


Taklimat oleh En Tawfiq di Mahkamah Syariah


Cenderakenangan kepada pihak Mahkamah Syariah


Khusyuk mendengar taklimat


Ucapan alu-aluan dari pihak Pengurusan JAHEINS


Ucapan balas dari ketua rombongan 


mendengar taklimat di JAHEINS


Cendera kenangan dari pihak JAHEINS 


Cenderakenangan kepada pihak JAHEINS dari ketua rombongan


Bergambar kenangan


Muzium Sabah


Bangunan MUIS Sabah

1 ulasan: